Tuesday 17 August 2010

DRPD MEJA PPZ: PROGRAM TAJAAN MAKANAN IFTAR/SAHUR KEPADA PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK YATIM/MISKIN DAN TAJAAN PAKAIAN HARI RAYA ‘EIDUL FITRI 1431H

"Barangsiapa memberi makanan berbuka di dalamnya kepada seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya Dan kemerdekaannya dari neraka. Orang yang memberikan makanan berbuka puasa, baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakan puasa itu, tanpa dikurangkan sedikitpun." (HR Ibnu Khuzaimah dari Salman Radhiallahu ‘Anhu)

Sempena bulan Ramadhan Al Mubarak 1431H, PPZ-MAIWP melalui Tabung Kebajikan PPZ-MAIWP akan membuka peluang sekali lagi kepada para dermawan menambah amal jariah di bulan mulia ini untuk tajaan berikut:-

Iftar/Sahur kepada 100 orang anak yatim/miskin sekitar Kuala Lumpur

Pembelian set pakaian baru ‘Eidul Fitri 1431H untuk 100 anak yatim/miskin Kuala Lumpur

Kos tajaan makanan iftar/sahur adalah dianggarkan RM150 seorang untuk sebulan manakala kos set pakaian baru untuk setiap seorang anak yatim/miskin adalah dianggarkan RM250. Segala urusan bagi kedua aktiviti ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh PPZ-MAIWP tanpa mengenakan sebarang caj kos pengurusan kepada para penderma/penaja.

Tajaan/sumbangan terbuka boleh dibuat melalui cek atas nama TABUNG KEBAJIKAN PPZ-MAIWP dan tuliskan nama, alamat dan nombor telefon di belakang cek. Tajaan/sumbangan juga boleh dibuat secara pindahan wang "on-line" ke akaun Maybank bernombor 564098205668. Sila cetak resit pemindahan wang, tuliskan nama, alamat dan nombor telefon sebelum difakskan ke 03-92895760 03-92895760, untuk perhatian Unit Kemasyarakatan & Hal Ehwal Antarabangsa PPZ.

Kami juga mengalu-alukan penglibatan para penaja/penderma untuk turut sama di dalam kedua aktiviti ini. Sebagai makluman, kami akan mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim/miskin pada 27 Ogos 2010 (Jumaat) bersamaan 17 Ramadhan 1431H di Pusat Jagaan Anak Yatim/Miskin Teratak Nur Insan (NURI), Setapak, Kuala Lumpur. Kami juga akan mengadakan program pembelian pakaian baru ‘Eidul Fitri pada keesokannya 28 Ogos 2010 bersamaan 18 Ramadhan 1431H (Sabtu) di Pasaraya Mydin, USJ, Subang Jaya. Sehubungan dengan itu, para penaja/penderma dijemput untuk turut serta di dalam kedua atau salah satu daripada aktiviti ini.

Besarlah harapan kami agar program murni ini mendapat sambutan baik. Sekiranya terdapat lebihan wang terhadap jumlah tajaan, PPZ-MAIWP memohon untuk menggunakan wang tersebut dengan penganjuran aktiviti/program yang akan memberi manfaat kepada anak-anak yatim/miskin sebagaimana di atas. Mudah-mudahan tajaan/sumbangan kita akan dibalas dengan ganjaran pahala berlipat ganda oleh Allah s.w.t.

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau pemberitahuan, sila hubungi Encik Amran Hazali, Ketua Unit Kanan Kemasyarakatan & Hal Ehwal Antarabangsa PPZ-MAIWP di talian 013-3335585 013-3335585 atau e-mailkan ke alamat amranhazali@zakat.com.my.

Sunday 13 June 2010

Mohon Bantuan - Rumah Anak Yatim Terbakar Di Perak



"Tidak sempurna iman seseorang itu selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri."- Riwayat Bukhari dan Muslim

Pada jam 12:40 Pagi bertarikh 01/03/2010, Allah S.W.T telah menguji penghuni Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman dengan ujian Musibah Kebakaran.

Bersyukur juga kerana tiada kemalangan jiwa berlaku serta tiada sebarang kecerderaan. Bangunan yang terbakar, adalah sebuah bangunan setingkat dua pintu yang menempatkan bilik sembayang, stor pakaian anak anak yatim, stor makanan beku, ruang cucian, dan dua bilik pekerja. Jumlah kerugian adalah dianggakan Ringgit Malaysia Empat Puluh Ribu ( RM40,000.00) bagi barangan yg musnah dan Ringgit Malaysia Tiga Puluh Ribu ( RM 30,000.00 ) bagi anggaran bangunan. 100% bangunan dan barangan yang dilanda kerbakaran musnah total. Barangan adalah seperti berikut:

Dalam Surau
1) 40 Buah Al-Quran
2) 40 Buah Muqadam
3) Lebih 100 Yassin
4) 4 Buah Mushaf Tajwid
5) 20 Buku IQRA' Jilid 1-6
6) 30 Papan Rehal
7) 1 set PA sistem
8) 1 unit LCD projetor
9) 1 unit projetor skrin
10) 40 helai sejadah
11) 2 unit kipas
12) 1 bidang karpet 16X20 kp
13) 1 buah rak buku

Dalam Stor/Simpinan Pakaian/Bilik Cucian
14) 60 pasang baju pelbagai jenis ( Baju Raya )
15) 38 pasang Baju Melayu ( Baju Raya / Baju sembayang)
16) 32 pasang baju melayu ( keramaian )
17) 32 pasang sut sukan
18) 32 pasang baju riadah
19) 32 pasang baju lawatan
20) 19 songkok
21) 24 pasang baju sekolah kanak-kanak bawah 12 tahun
22) 24 pasang kasut sekolah
23) Lebih 200 buah buku rujukan dan kamus termasuk yang sedang digunakan disekolah
24) 3 kotak pelbagai jenis alat tulis
25) Lebih 100 buah buku latihan sekolah rendah dan menengah
26) Lebih 60 helai tuala untuk tukar ganti
28) Lebih 48 helai cadar dan sarung bantal untuk tukar ganti
29) Lebih 48 Helai selimut untuk tukar ganti
30) Pelbagai jenis ubat dan vitamin bernilai RM1500
31) 20 Helai Telekong
32) Lebih 50 Helai Kain Pelekat
33) 1 kotak kotex
34) Pelbagai Tudung dan kain telekong
35) 2 Mesin Jahit
36) 1 Mesin Jahit Tepi
37) 2 Buah Komputer
38) 1 Buah Peti sejuk 120L
39) 2 Buah Freezer 200L
40) 2 Buah Mesin Basuh ( 5KG & 8KG )
41) 2 Unit Strika
42) 2 Unit Rak Buku
43) 4 Buah Almari Baju
44) 2 Unit Kipas
45) 1 Kuali Alluminium 42"
46) 1 Periuk Alluminium 48"
47) 2 Periuk Alluminium 24"
48) 12 set ( hidangan ) pingan mangkuk
49) 2 Papan karum
50) Pelbagai jenis indoor game
51) 2 unit dapur mudah alih
52) termasuk juga keseluruhan baju haria kanak-kanak bawah 12 tahun
53) termasuk 1 unit khemah
54) termasuk 1 unit kipas syiling
55) termasuk 1 unit ampaian mudah alih 12feet
56) termasuk semua kasut sukan dan kasut raya kanak-kanak bawah 12 tahun
57) termasuk bekalan ayam dan daging bernila lebih RM 2000
58) termasuk bekalan buah-buahan untuk stok 2 minggu bernilai RM 240

Sehubungan itu bagi memulihkan keadaan pihak pengurusan Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman amat mengharapkan bantuan segera bagi tujuan Pembinaan semula Bilik Sembayang , pakaian harian kanak-kanak, alat tulis dan peralatan2 lain yang telah disenaraikan dihadapan. Bantuan boleh dihulurkan dengan cara terus membli dan menghantar barangan ke Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman atau deposit ke akaun

Nama Akaun : Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman
Nombor Akaun : 5082 2521 5570
Nama Bank : Maybank

atau

Dengan cara menghantar cek atas nama Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul, ke alamat Plot 359, Lorong Dato, Off Jalan Dato, Kampung Manjoi , 30020 Ipoh , Perak.

SILA HUBUNGI EN, KHAIRUL ANUAR BIN MOHMAD RAZI HP 0165460071